Personal Data Privacy Policy.
Kami, Tenaga Nasional Berhad (No. Syarikat 200866-W) dan anak-anak syarikat, adalah komited untuk melindungi privasi anda selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 ("APDP") Malaysia. Versi penuh Polisi Perlindungan Data Peribadi dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Kebangsaan boleh didapati di laman web kami [www.tnb.com.my] ("Personal Data Protection Policy").
- Bagi pemohon berumur 18 tahun ke atas:
- Bagi pemohon belum mencapai umur 18 tahun semasa surat tawaran ditandatangani:
Saya dengan ini memberi persetujuan kepada Yayasan Tenaga Nasional dan/atau Tenaga Nasional Berhad (No.200866-W) dan atau agennya (‘Pihak-Pihak’) untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, berkongsi dan menzahirkan hal data peribadi saya yang berada di dalam kawalan dan/atau simpanan Yayasan Tenaga Nasional bagi tujuan pemerosesan permohonan pinjaman boleh ubah/biasiswa. Data peribadi saya ini juga akan terus berada di dalam simpanan Pihak-Pihak sehingga segala obligasi dan tanggungan yang dinyatakan di dalam surat tawaran dan dokumen perjanjian dilaksanakan sepenuhnya oleh saya.
Pemohon perlu mendapatkan kebenaran daripada penama sama ada ibu/bapa/penjaga yang sah dan sekiranya berjaya di dalam permohonan ini, surat tawaran dan dokumen perjanjian akan ditandatangani oleh pihak penama bagi pihak pemohon memandangkan pemohon belum mencapai umur 18 tahun semasa surat tawaran ditandatangani.
Dengan ini penama yang telah dipilih memberi persetujuan kepada Yayasan Tenaga Nasional dan/atau Tenaga Nasional Berhad (No.200866-W) dan atau agennya (‘Pihak-Pihak’) untuk mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, berkongsi dan menzahirkan hal data peribadi penama dan anak penama/anak di bawah jagaan penama yang berada di dalam kawalan dan/atau simpanan Yayasan Tenaga Nasional bagi tujuan pemerosesan permohonan pinjaman boleh ubah/biasiswa. Data peribadi penama dan/atau anak penama ini juga akan terus berada di dalam simpanan Pihak-Pihak sehingga segala obligasi dan tanggungan yang dinyatakan di dalam surat tawaran dan dokumen perjanjian dilaksanakan sepenuhnya oleh penama dan/atau anak penama/anak jagaan penama.